1. Apakah yang EasyStore menawarkan?

EasyStore adalah satu medium yang senang digunakan dan membolehkan anda untuk membina stor online tanpa memerlukan bantuan pereka or pembina laman web. Anda boleh menguruskan produk anda, jejak pesanan & informasi pelanggan serta meyelaraskan stor anda dengan fungsi pengurusan yang terbina dalam platform.


2. Adakah domain termasuk dalam pelan-pelan yang disediakan?

Tidak, anda boleh membeli domain melalui EasyStore ataupun menggunakan domain anda yang sedia ada. Anda boleh mendapat maklumat lanjut melalui link ini.



3. Bolehkan saya menggunakan domain saya sendiri?

Ya, anda boleh. Sila rujuk kepada link ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh menghalakan domain anda kepada EasyStore anda.

4. Bolehkah saya membuat akaun emel peribadi (e.x. sales@test.co) jika saya membeli domain melalui EasyStore?

Tidak, EasyStore tidak menyediakan servis e-mel hosting pada setakat ini. Anda boleh membeli servis tersebut dari pihak lain yang menawarkan servis ini dan kemudian masukkan rekod MX ke dalam setting DNS domain anda. Jika domain anda dibeli melalui EasyStore, anda boleh merujuk kepada panduan ini.



5. Bolehkah saya menaiktaraf pelan saya bila-bila masa?

Ya, jika anda sedang melanggan kepada pelan bulanan kami, anda boleh menaiktarafkan pelan anda di halaman Akaun. Jika anda sedang melanggan kepada pelan tahunan kami, sistem kami akan memaparkan baki yang perlu dibayar untuk menaiktarafkan pelan. Anda boleh teruskan dengan proses tersebut jikalau anda setuju untuk membayar amaun yang dipaparkan.



6. Bolehkah saya import & eksport maklumat stor dengan EasyStore?

Ya, anda boleh mengimport & mengeksport maklumat produk dan pelanggan juga.


7. Bolehkah saya batalkan akaun saya bila-bila sahaja?

Ya, jikalau anda berasa agar EasyStore tidak sesuai dengan hala tuju bisnes anda, anda boleh batalkan langganan anda bila bila masa sahaja sebelum stor anda tamat tempoh di Settings > Account > Cancel subscription.

Kami tidak akan memaksa anda untuk teruskan menggunakan EasyStore. Anda masih boleh akses stor anda sehingga tamat tempoh dan tidak akan ada caj ekstra kecuali anda mengubah fikiran untuk mengaktifkan balik langganan anda.


8. Adakah EasyStore menbenarkan bayaran balik?

Kami tidak membenarkan bayaran balik. EasyStore memberi 14 hari tempoh percubaan untuk pengguna baru supaya anda boleh menentukan sama ada ini platform yang sesuai untuk bisnes anda. Anda juga boleh membatalkan langganan anda bila bila masa asalkan sebelum sampai tamat tempoh



9. Adakah EasyStore mempunyai sebarang tawaran untuk pelan langganan?

Ya. Kami ada menawarkan diskaun sebanyak 17% yang bersamaan dengan pengunaan EasyStore secara percuma untuk 2 bulan jika anda memilih pelan tahunan kami.


10. Bolehkan saya mempunyai beberapa stor dengan satu akaun EasyStore?

Anda boleh mempunyai beberapa stor dalam satu akaun, tetapi setiap langganan hanya sah untuk satu stor sahaja.

Did this answer your question?