📌 Nota penting :

  • Bahagian POS Aplikasi Mudah Alih EasyStore hanya tersedia dalam pelan Business

  • Bahagian Admin EasyStore boleh diakses untuk semua pelan.

Di dalam artikel ini :

  1. Pengenalan

  2. Faedah Aplikasi Mudah Alih EasyStore

  3. Apa yang anda boleh lakukan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore?

  4. Checklist - Hubungkan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore

1. Pengenalan

Ciri Aplikasi Mudah Alih baharu ini membolehkan anda menggunakan sistem POS EasyStore pada telefon mudah alih anda dan menjalankan perniagaan seperti menambah pesanan, membuat diskaun, menambah produk & promosi, menghantar e-resit atau menjual produk serta-merta. Status pesanan, inventori dan pembayaran akan dikemas kini secara automatik pada bahagian Admin EasyStore anda.

Muat turun dan cubalah sekarang!

Play Store : https://bit.ly/3dxG1mz

App Store : https://apple.co/2yKwOZa

HUAWEI App Gallery : https://appgallery.huawei.com/#/app/C102551135


2. Faedah Aplikasi Mudah Alih EasyStore

📱 Mudah dibawa

🖨️ Cetakan Bluetooth

🔔 Peringatan notifikasi

Dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore, anda akan mempunyai POS bersaiz poket sahaja, di mana anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja anda pergi. Anda juga boleh memantau operasi harian anda daripada menyemak/menambah pesanan, maklumat pelanggan, ringkasan laporan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore pada bila-bila masa & di mana sahaja anda berada.

Selain itu, anda boleh menyambungkan Aplikasi Mudah Alih EasyStore ini kepada pencetak Bluetooth yang disokong untuk mencetak resit atau hantar e-resit ke e-mel pelanggan anda.

Sibuk dengan perniagaan anda dan tiada masa untuk memantau? Jangan risau, mari dapatkan peringatan dari Aplikasi Mudah Alih EasyStore dengan menerima peringatan notifikasi apabila ada pesanan baharu yang masuk!


3. Apa yang anda boleh lakukan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore?

  • Buat pesanan daripada Aplikasi Mudah Alih melalui Pusat Jualan (POS)

  • Tapis & tandakan pesanan sebagai telah dibayar

  • Cetak & hantar resit pesanan kepada pelanggan melalui e-mel

  • Ubah suai resit anda

  • Imbas produk dengan pengimbas kod bar

  • Tambah produk (Ciri Baharu)

  • Semak Ringkasan Laporan EasyStore anda (Ciri Baharu)

  • Buat Borang Pesanan Whatsapp (Ciri Baharu)


4. Checklist - Hubungkan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore

Checklist

  1. Pasang Aplikasi Mudah Alih EasyStore pada peranti anda.

  2. Klik Get Started untuk membuat akaun baharu. Jika anda sudah mempunyai akaun sedia ada dengan EasyStore, klik I'm registered merchant

  3. Log masuk dengan Google, Facebook, LINE atau Apple.

  4. Pilih kedai daripada akaun Aktif untuk meneruskan (jika anda mempunyai berbilang akaun EasyStore).

  5. Selesai! Anda boleh mula menguruskan operasi EasyStore anda dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore sekarang.

Did this answer your question?