Dalam artikel ini:

  1. Perbezaan antara Percubaan Percuma 14 hari dan Pelan Percuma?

  2. Soalan-soalan yang akan ditanya mengenai Pelan Percuma

Penantian sudah berakhir, kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa kami akan melancarkan Pelan Percuma pada 21 June 2021. Apa itu Pelan Percuma ? Adakah ianya sama dengan percubaan percuma ? Bagaimana pula dengan kedai percubaan percuma saya ? Jangan risau, sebab disini kami akan memberikan maklumat yang anda ingin tahu :)


1. Perbezaan Percubaan Percuma dan Pelan Percuma

Percubaan Percuma

Pelan Percuma

Definisi

Akaun percubaan yang memberi anda akses penuh kepada ciri-ciri yang terdapat di EasyStore secara percuma selama 14 hari.

Pelan yang membolehkan anda memanfaatkan ciri-ciri EasyStore secara percuma tanpa had.


2. Soalan yang selalu ditanya mengenai Pelan Percuma

1. Jika Pelan Percuma diperkenalkan, apa yang akan terjadi dengan kedai saya jika saya masih lagi menggunakan Percubaan Percuma ?

→ Akaun Percubaan Percuma anda akan ditukarkan kepada Pelan Percuma tetapi semua tetapan masih lgi dikekalkan.

Sebagai contoh: Jika anda telah mengaktifkan 3 saluran jualan, kami tidak akan membuangnya tetapi kami akan mencadangkan anda menaik taraf pelan anda kerana anda sudah tidak dapat mengaktifkan lebih banyak saluran jualan.

Sebagai contoh: Anda telah menambah 100 produk, kami tidak akan membuang produk anda tetapi kami akan mencadangkan anda menaik taraf pelan anda kerana anda sudah tidak dapat menambah lebih banyak produk baru.

2. Bolehkah saya menggunakan Pelan Percuma selepas percubaan percuma saya telah tamat ?

→ Ya, tetapi anda perlu ambil maklum bahawa Percubaan Percuma menggunakan

ciri-ciri pelan Business. Jadi, tetapan anda mungkin akan dihilangkan di dalam Pelan Percuma.

3. Apa akan jadi jika pesanan saya telah mencecah 1000 pesanan ?

→ Anda perlu menaik taraf kepada pelan Lite, Standard atau Business yang menyokong lebih daripada 1000 pesanan.

4. Terdapat 5 saluran jualan yang ditawarkan di dalam Pelan Percuma dan saya perlu memilih 1, bagaimana jika saya ingin menukar daripada satu saluran kepada saluran yang lain, adakah ianya mustahil ?

→ Ya, anda boleh menyahaktifkan saluran jualan tersebut dan mengaktifkan saluran yang lain. Sila ambil maklum yang anda cuma boleh mengakses 1 saluran jualan sahaja.

5. Bolehkah Pelan Percuma menggunakan EasyStore Mobile App?

→ Ya, anda boleh muat turun dan akses EasyStore Mobile App kami.

6. Adakah saya boleh membuat promosi dibawah Pelan Percuma ?

→ Tidak, Pelan Percuma tidak menyokong ciri promosi.

7. Apakah bantuan sokongan yang disediakan untuk Pelan Percuma ?

→ Kami ada menyediakan aplikasi sokongan, tetapi minta maaf kerana kami tidak menyediakan panggilan telefon atau meeting secara atas talian kepada pengguna Pelan Percuma.

8. Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut ciri-ciri yang terdapat di dalam Pelan Standard ?

→ Anda perlu menaik taraf kepada Pelan Standard dan boleh melanggan secara bulanan :)

9. Bagaimana jika saya ingin mencuba Referral Marketing di dalam Pelan Business ?

→ Anda perlu menaik taraf kepada Pelan Business dan boleh melanggan secara bulanan :)

10. Adakah saya berhak untuk mendapatkan merchant exclusive?

→ Tidak, Pelan Percuma tidak berhak mendapatkan merchant exclusive termasuk bonus partner, kempen partner dan juga event business.

11. (Affiliate) Jika saya berkongsi pautan affiliates kepada affiliate saya dan mereka mendaftar dengan Pelan Percuma, adakah saya akan mendapat komisyen apabila mereka menaik taraf kedai mereka nanti ?

→ Ya, anda boleh rujuk Terma dan Syarat Affiliate kami disini.

Artikel berkenaan:

Top 10 FAQ about subscribing with EasyStore

Introduction & Summary of EasyStore

How EasyStore Benefit Your Business

Did this answer your question?