Bagaimana untuk menerima pembayaran daripada pelanggan?

Jenis kedah pembayaran anda boleh sediakan di kedai anda:

  1. Kaedah pembayaran manual

  2. Gerbang pembayaran

  3. Tunai semasa penghantaran (COD)

Dalam artikel ini kami akan lebih fokuskan dalam perbezaan kaedah pembayaran secara manual dan kaedah gerbang pembayaran



Bagaimanakah cara kaedah pembayaran manual berfungsi?

Contoh :

  • Pemindahan bank ( IBG / pemindahan serta-merta )

  • Pemindahan dompet ( scan QR code )

  • Deposit tunai ( ATM ) dll.

Dengan memilih kaedah ini, pelanggan tidak akan pergi ke halaman pembayaran auto semasa di kaunter pembayaran. Di halaman pesanan, pelanggan perlu membuat pembayaran secara manual (contoh, bank in secara manual di ATM atau log masuk ke internet banking mereka dan pindahkan pembayaran mereka), masukkan butiran secara manual dan amaun pesanan untuk selesaikan pembayaran. Mereka akan memberitahu anda dengan bukti pembayaran setelah selesai.

Transaksi kaedah pembayaran manual tidak akan kemaskini secara auto di halaman pesanan anda, jadi anda perlu sahkan pembayaran setelah mendapat resit pembayaran, Tandakan sebagai bayar secara manual. Amaun pembayaran secara manual ini kebiasaan akan terus masuk ke dalam akaun bank anda.


Bagaimanakah cara kaedah gerbang pembayaran berfungsi?

Contoh :

  • Kad kredit/debit

  • FPX online banking

  • eWallet dll.

Gerbang pembayaran adalah servis yang memudahkan transaksi untuk pembayaran yang telah dibuat di laman web e-dangang ke akaun bank anda. Ia membenarkan anta untuk menerima pembayaran kad debit/kredit atau perbankan internet

Dengan memilih kaedah pembayaran ini, pelanngan akan dihantar ke halaman pembayaran setelah checkaut secara automatik. Amaun pesanan juga akan ditunjuk secara automatik, pelanggan hanya perlu isikan butiran akaun mereka (contoh, butiran kad, nama pengguna, kata laluan dll) dan ia akan caj secara automatik

Kemudian, gerbang pembayaran akan membuat kerjanya untuk sahkan pembayaran. Setelah sahaja sah, pesanan akan ditandakan telah dibayar secara automatik ( Ia, pembayaran akan dipaut dengan pesanan). Jumlah yang dibayar akan masuk ke pintu masuk pembayaran terlebih dahulu dan diselesaikan dengan anda pada tarikh penyelesaian yang diputuskan oleh gerbang.

Artikel berkenaan:

Set up kaedah pembayaran

Did this answer your question?