Dalam artikel ini:

  1. Pengenalan

  2. Beralih kembali ke tema yang dirancang sebelumnya

  3. Pulihkan templat tema lalai / asal

1. Pengenalan

Adakah anda tahu? Semua templat tema akan menyimpan reka bentuk tema terkini yang diubahsuai. Oleh itu, anda mempunyai kebebasan untuk menukar tema bermusim bila-bila sahaja tanpa kehilangan reka bentuk tema sebelumnya. Ini membolehkan anda menghias kedai anda pada setiap kesempatan yang berlainan dan merebut peluang untuk menjalankan jualan besar-besaran pada musim percutian! * pelanggan berada dalam mod pembelian yang baik. *

Pada masa yang sama, jika anda telah membuat kekacauan di dalam tema dan ingin mengembalikan semula ke reka bentuk lalai asal, anda juga boleh melakukannya. Jom tengok macam mana.

2. Beralih kembali ke tema yang dirancang sebelumnya

2.1 Katakan anda telah mereka bentuk templat tema yang indah dan menerbitkannya untuk barangan Disney.

2.2 Untuk kembali ke tema yang telah di reka bentuk, pergi ke Admin Panel > Saluran > Kedai Online > Tema > Sesuaikan > Scroll ke bawah dan cari tema ini > Lebih lanjut> Mempublikasikan tema.

2.3 Siap. Sekarang reka bentuk tema dah kembali.

3. Pulihkan templat tema lalai / asal

3.1 Anda boleh melakukannya dengan memadam dan memasang semula tema. Untuk menghapuskan, pergi ke Admin Panel > Saluran > Kedai Online > Tema > Scroll ke bawah dan cari tema ini > Lebih Lanjut > Padamkan tema

3.2 Untuk memasang semula, pergi ke Tema > klik ke tema ini > Pasang tema ini. Sekarang anda mempunyai tema lalai baru untuk anda mulakan dari awal.


Did this answer your question?