Aplikasi Mudah Alih EasyStore yang baru dilancarkan ini membolehkan anda menggunakan sistem POS EasyStore di telefon bimbit anda. Ia membolehkan pelanggan membuat pesanan dengan cara yang lebih mudah hanya dengan akses tablet atau mudah alih. Semua pesanan, inventori dan status pembayaran akan dikemas kini secara automatik di admin panel EasyStore anda.

Anda dapat melihat pesanan, produk, maklumat pelanggan, laporan dan mencetak airway bil & resit dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore.

Muat turun aplikasi ini sekarang!

Play Store : https://bit.ly/3dxG1mz

App Store: https://apple.co/2yKwOZa

HUAWEI AppGallery : https://appgallery.huawei.com/#/app/C102551135

Dalam artikel ini :

a. Hubungkan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore

b. Membuat pesanan dari Aplikasi Mudah Alih

c. Tapis & tandakan pesanan sebagai bayar

d. Memenuhi pesanan

e. Cetak & hantar resit kepada pelanggan dengan e-mel

f. Selaraskan resit anda

g. Pengimbas kod bar

h. Tambah produk (Fungsi Baru)

i. Laporan (Fungsi Baru)

j. Cipta borang pesanan Whatsapp (Fungsi Baru)

a. Hubungkan dengan Aplikasi Mudah Alih EasyStore

Langkah 1 : Setelah muat turun aplikasi mudah alih EasyStore, klik Get Started daftar akaun. Jika anda sudah mempunyai akaun dengan EasyStore, klik I'm registered merchant

Langkah 2 : Masukkan e-mel yang anda gunakan untuk daftar akaun dengan EasyStore serta masukkan password. Anda boleh log masuk dengan:

  • Google

  • Facebook

  • LINE

  • Apple

Langkah 3 : Setelah log masuk, pilih kedai daripada akaun aktif (sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 akaun di EasyStore)

b. Membuat pesanan dari Aplikasi Mudah Alih

Langkah 1 : Klik POS di atas kiri > Klik Sahkan untuk tukar ke POS

Langkah 2 : Ini adalah halaman yang anda akan lihat dan pelanggan boleh beli mengikut Koleksi (Klik ikon tapis di atas kanan) > ✓

Langkah 3 : Pilih produk untuk dibeli> Tambah Pelanggan (Tambahkan pelanggan baru/pilih pelanggan yang sedia-ada)> Tambahkan diskaun / cukai (pilihan).

Langkah 4 : Klik Jumlah Caj di bawah untuk meneruskan pembayaran > Pilih kaedah pembayaran> Isi jumlah yang diterima> Cetak Resit (Pilihan)> Tandakan sebagai dibayar > Selesai ✓

c. Tapis & tandakan pesanan sebagai bayar

Langkah 1 : Sila beralih ke Admin untuk menapis & menandakan pesanan sebagai dibayar. Klik pada butang Admin di kiri atas > Sahkan.

Langkah 2 : Kilk butang Tapis di atas kanan

Langkah 3 : Anda boleh menapis pesanan dari Status, Pembayaran, Pemenuhan & Saluran.

Langkah 4 : Selepas ditapis, anda boleh pilih pesanan > Tandakan sebagai bayar > Pilih kaedah pembayaran > Bayar > Siap ✓

d. Memenuhi pesanan

Klik Pesanan > Pilih Pesanan > Klik butang Penuhi > Pilih kaedah Pemenuhan > Memenuhi pesanan tersebut

📌 Nota Penting :

  • Hanya menyokong single fulfilment

  • Menyokong aplikasi pasaran (e.g. Shopee, Lazada etc..) dan aplikasi logistik (e.g. EasyParcel etc..) untuk kaedah fulfillment

  • Menyokong manual fulfillment

  • Hanya menyokong muat turun slip pembungkusan bagi manual fulfillment

  • Only support download packing slip for manual fulfilment

  • Tidak menyokong slip pembungkusan cetak untuk aplikasi pasaran & logistik. Kami akan terus mempertingkatkan dan memperbaiki Aplikasi Mudah Alih ini.

e. Cetak & hantar resit kepada pelanggan dengan e-mel

Langkah 1 : Klik Pesanan > Pilih Pesanan > Klik butang Invois. Anda boleh menghantar invois kepada pelanggan melalui email (Klik butang Invois E-Mel) > Hantar

Langkah 2 : Cetak Invois adalah pilihan.

Sekiranya anda ingin mencetak invois, klik Invois > Cetak Invois. Pastikan anda telah menyambung ke pencetak resit. Pencetak resit yang disokong adalah:

  • Star Micronics TSP100W

  • Star Micronics TSP100LAN

  • Star Micronics TSP100BI

  • Star Micronics SM-L200

  • Star Micronics SM-L300

Nota: Ukuran resit adalah "80mm" (58mm jika menggunakan paperguide) buat masa ini. Akan mempertingkatkan aplikasi mudah alih ini untuk ukuran resit yang sesuai dengan pencetak resit

e. Selaraskan resit

Langkah 1 : Klik Tetapan > Resit.

💡 Peringatan : Sebelum cetak resit, pastikan anda sudah hubungkan dengan pencetak resit

Langkah 2 : Anda boleh menyelaraskan header & footer untuk resit anda > Klik butang Simpan

Langkah 3 : Pilihan untuk penyelerasan yang lain adalah:

  • Cetak automatik selepas checkout

  • Mata wang paparan

  • Papar nombor pesanan

  • Papar Tarikh

  • Papar nama pengguna

f. Pengimbas kod bar

Dengan Aplikasi EasyStore Mobile POS, anda boleh menggunakan pengimbas kod bar yang menyokong input kod bar untuk produk anda. Tukar ke POS untuk menggunakan pengimbas kod bar

h. Tambah produk (Fungsi Baru)

📌 Nota : Pastikan anda berada di halaman Admin

Langkah 1 : Klik Produk > Klik butang + button di bawah kanan

Langkah 2 : You can add product images

📌Nota Penting :

  • Terima fail imej .jpg, .png & .jpeg sahaja

  • Saiz imej maximum 20MB & 1500x1500px

Langkah 3 : Isikan tajuk produk & pilih antara pilihan yang ada

💡 Tips : Jejaki inventori maksudnya EasyStore akan jejak inventori untuk produk tersebut

Langkah 4 : Isikan harga produk *SKU & Kodbar adalah pilihan

Langkah 5 : Selepas semua informasi produk telah diisi, klik atas kanan > Siap

i. Laporan (Fungsi Baru)

📌 Nota : Pastikan anda berada di halaman Admin

Klik Laporan dan anda akan lihat laporan bagi 30 hari selepas untuk Jualan, Pesanan dan Pelawat

j. Cipta Borang Pesanan Whatsapp (Fungsi Baru)

📌 Nota :

  • Pastikan anda berada di halaman Admin .

  • Pastikan anda sudah aktifkan saluran Whatsapp di admin panel EasyStore anda > Saluran > Aktifkan Whatsapp

Langkah 1 : Pergi ke Tetapan > Klik Order forms

Langkah 2 : Klik butang + di bawah kanan

Langkah 3 : Isikan tajuk borang pesanan Whatsapp > Pilih Data Collection Field > Pilih produk. Selepas siap, klik butang di atas kanan

Langkah 4 : Siap, anda sudah berjaya cipta borang pesanan Whtsapp. Sekarang anda boleh kongsikan pautan tersebut kepada pelanggan anda!

Did this answer your question?