Tema Fall dan Maker kami yang baru mempunyai reka bentuk khas yang akan fokus pada bahagian tengah slider dalam pandangan telefon bimbit. Kami faham anda mungkin mempunyai idea reka bentuk yang berbeza untuk slider anda dan masih ingin menunjukkan slider penuh dalam pandangan telefon bimbit. Anda boleh lakukannya dengan menyesuaikan tinggi slider dalam pandangan telefon bimbit. Berikut adalah langkah - langkahnya :

Jika anda guna tema Fall

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber > folder assets/theme.scss.

Langkah 2 : Cari < .flexslider >, di bawah < min-height: 500px; >, tambah kod berikut:

@include at-query($max, $medium) {
height: 500px;
max-height: 500px;
min-height: 500px;
}


Hasilnya seperti di bawah:  

Langkah 3 : Laraskan tinggi slider dengan mengubah nombor 500 mengikut reka bentuk anda.

  • height: tinggi slider pilihan anda

  • max-height: tinggi slider maksimum

  • min-height: tinggi slider minimum

Langkah 4 : Simpan dan selesai.

__________________________________________________________________


Jika anda guna tema Maker

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber > folder assets/theme.scss

Langkah 2 : Cari < .flexslider > dan laraskan tinggi slider dengan menukarkan nombor 550 mengikut reka bentuk anda.

Langkah 3 : Simpan dan siap.

💡 Tips :

  • Contoh menunjukkan hasilnya dengan menukarkan tinggi slider sehingga 250px.

  • Jika anda fikir teks slider terlalu besar, anda boleh tukar saiznya di Admin > Saluran > Kedai Online > Ubahsuai > Slider settings > Slider text. Contoh menunjukkan hasilnya dengan menukarkan saiz teks ke Extra small.

  • Sebagai alternatif, anda boleh mengeluarkan teks dalam Slider content.

Did this answer your question?