Dalam artikel ini:

  1. Bermula

  2. Tambah pelanggan untuk pesanan

  3. Tambah produk untuk pesanan

  4. Tambah remark dan nota

1. Bermula

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Pesanan > Tambah pesanan.

Langkah 2 : Terdapat 2 bahagian yang perlu diisikan:

  • Bahagian pelanggan pada sebelah kanan

  • Bahagian produk pada sebelah kiri



2. Tambah pelanggan untuk pesanan

Langkah 1 : Terdapat 2 cara untuk tambah pelanggan dalam pesanan manual.

💡 Tips : Jika pilih dari senarai pelanggan yang sedia ada, alamat bil dan penghantaran pelanggan akan ditambahkan secara automatik, tapi anda boleh edit atau tukar kepada pickup

💡 Tips : Jika Tambah pelanggan dipilih, anda perlu isikan alamat bil dan penghantaran atau pilih lokasi pikap secara manual



3. Tambah produk untuk pesanan

Langkah 1 : Terdapat 2 cara untuk tambah produk dalam pesanan manual:

  • 1 - Pilih dari senarai produk yang sedia ada.

  • 2 - Jika Tambah produk disesuaikan dipilih, anda perlu isikan maklumat asas produk ini untuk ditambahkan.

Langkah 2 : Lepas tambah produk, anda juga boleh seterusnya tambah diskaun, kaedah penghantaran dan cukai untuk pesanan manual ini ( jika perlu ).


4. Tambah remark dan nota

Langkah 1 : Akhir sekali selepas tambah pelanggan dan produk, anda boleh tambahkan remark dan nota untuk pesanan :

  • Remark pelanggan - boleh dijumpai oleh pelanggan di kedai online ( jika pelanggan berdaftar dan boleh log masuk Akaun Saya untuk semak maklumat pesanan )

  • Nota penjual - hanya boleh dijumpai oleh anda sendiri

Langkah 2 : Simpan dan selesai

Did this answer your question?