Dalam artikel ini:

  1. Pengenalan

  2. Menguruskan pautan navigasi

  3. Senarai drop-down

  4. Laraskan saiz jurang antara navigator

1. Pengenalan

Apabila pelanggan tidak dapat cari apa yang mereka ingin cari di laman utama anda, perkara seterusnya yang akan mereka lakukan ialah scan through menu atau pautan lajur di halaman tersebut untuk cari kategori atau topik yang kelihatannya lebih dekat dengan minat mereka. Itulah sebab navigasi teratur dengan nama intuitif sama penting untuk mengekalkan kedudukan laman web anda dan mengurangkan kadar lantunan.

Dalam artikel ini kita akan lebih tumpu pada pautan navigasi pada menu utama. Tapi ia adalah hampir sama untuk Pautan pantas footer, kecuali footer tidak menyokong senarai drop-down.


2. Menguruskan pautan navigasi

Pautan navigasi kedai anda diuruskan di Admin EasyStore > Kedai online > Navigasi. Terdapat 3 jenis navigator yang anda dapat melihat di bar menu utama :

2.1 Navigator lalai sistem ( terkunci )

2.2 Navigator yang ditambah secara manual

2.3 Navigator yang diwujudkan secara auto oleh aplikasi terpasang


2.1 Navigator lalai sistem ( terkunci )

Home dan Collections adalah navigator lalai yang diwujudkan oleh sistem yang mempunyai penunjuk kunci di sebelahnya :

  • Home - Navigator ini akan sentiasa mengarahkan pelawat ke laman utama anda, ia tidak boleh dikeluarkan atau tersembunyi tetapi anda boleh tukar namanya.

  • Catalog - Navigator ini akan sentiasa memaparkan semua koleksi produk anda, termasuk sub-koleksi di senarai drop-down. Ia tidak dapat dikeluarkan tetapi anda boleh tukar namanya atau menyembunyikannya dengan klik Edit > nyahtandakan Navigator tanggal diterbitkan > Simpan.

2.2 Navigator yang ditambah secara manual

Anda boleh tambah pautan, halaman, blog, koleksi atau store locator di menu utama. Ikuti hyperlink di bawah untuk mengetahui secara terperinci bagaimana anda boleh mewujudkan setiap jenis navigator di menu utama

  • Pautan dan Halaman - pautan ke halaman web luar yang anda ingin berkongsi dengan pelawat, atau halaman kandungan di dalam kedai anda

  • Blog - pautan ke artikel blog dan cerita anda ( navigator jenis blog berfungsi dengan cara yang sama seperti navigator jenis halaman )

  • Koleksi - pautan ke koleksi anda seperti produk promosi atau ketibaan baru

2.3 Navigator yang diwujudkan secara auto oleh aplikasi terpasang

Beberapa aplikasi terpasang misalnya Contact Form Plus dan Help Center akan mewujudkan secara auto navigator di menu utama anda.



3. Senarai drop-down

Senarai drop-down akan diwujudkan secara auto di bawah navigator utama apabila terdapat sub-navigator. Gunakan kaedah drag-and-drop untuk mewujudkan sub-navigator dan tukar susunan navigator.

Sub-koleksi sedia ada yang diwujudkan di Admin > Produk juga akan menyumbang kepada senarai drop-down di bawah navigator jenis koleksi.



4. Laraskan saiz jurang antara navigasi

Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai online > Mengubahkan sumber > assets/timber.scss > dapat cari .site-nav__link > gantikan $gutter /2 dengan saiz padding pilihan anda > Simpan.

💡 Tips : 8px 15px 15px 15px bermakna saiz padding bahagian atas kanan bawah kiri

Artikel-artikel berkaitan:
Tambah bar navigasi sisi di laman web anda

Did this answer your question?