Anda mungkin telah membeli atau tujukan domain ke kedai anda tetapi status masih menunjukkan "Tidak Terjamin". Berikut di bawah adalah beberapa soalan lazim mengenai status domain yang menerangkan keadaan domain anda

1. Saya telah tujukan domain Rekod A saya ke alamat IP EasyStore 162.159.128.56, tetapi domain saya masih belum ditujukan ke EasyStore saya.

Jawapan: Jika anda telah mengubah tetapan Sistem Nama Domain (DNS) untuk domain anda, ini akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk DNS dimuat semula. Anda perlu memberi masa sehingga 24 jam tetapan tersebut berkuatkuasa.
__________________________________________________________________

2. Saya telah membeli domain saya dari EasyStore, dan saya ingin mengaktifkan sijil SSL saya, tetapi status domain masih diproses.

Jawapan: Sila berikan masa sehingga 24 jam untuk status dikemas kini kepada "Terjamin"
__________________________________________________________________

3. Saya telah membeli domain saya dari EasyStore, tetapi domain tersebut belum lagi dalam talian.

Jawapan: Domain tersebut harus berada dalam talian dalam lingkunga masa 24-72 jam. Sekiranya domain tersebut masih tiada dalam talian, sila hubungi kami di support@easystore.co.
__________________________________________________________________

4. Domain saya dibeli dari EasyStore tidak lama dahulu, tetapi ia tidak boleh diakses sekarang.

Jawapan: Sila pastikan anda telah mengesahkan domain anda melalui emel pengesahan yang dihantar kepada anda daripada EasyStore pada hari pembelian domain tersebut. Jika anda tidak meneruskan untuk mengesahkan maklumat anda, domain itu tidak dapat diakses selepas 1-2 minggu.

Jika anda tidak dapat mencari emel tersebut, sila hubungi kami di support@easystore.co dan minta kami menghantar semula emel pengesahan.
__________________________________________________________________

5. Saya telah menambah domain saya ke EasyStore, tetapi tiada dalam talian.

Jawapan: Sila pastikan anda telah menunjukkan rekod A domain anda ke alamat IP kami (rujuk di sini). Jika anda telah melakukannya, sila berikan masa sehingga 24 jam untuk domain tersebut berkuatkuasa.

Did this answer your question?