Domain atau URL laman web, adalah alamat kedai anda yang ditaip oleh orang di bar carian penyemak imbas mereka untuk sampai ke kedai anda. Ini adalah cara bagaimana pelanggan anda mencari kedai anda di internet. Anda boleh mempunyai beberapa domain untuk kedai anda.

Mempunyai nama domain tersendiri adalah penting untuk kedai anda. Ia membina jenama anda dan menambah kredibiliti kepada perniagaan anda. Domain yang mudah diingati akan meningkatkan trafik laman web anda.

Dalam artikel ini:

  1. Bagaimanakah domain yang pelbagai menguntungkan kedai anda? 
  2. Bagaimanakah cara untuk menambah domain khusus untuk kedai saya? 
  3. Bagaimanakah cara untuk menetapkan domain utama? 
  4. Bagaimanakah mengubah domain .easy.co saya?

1. Bagaimanakah domain yang pelbagai menguntungkan kedai anda

Sebuah laman web yang mempunyai beberapa domain lebih mudah untuk dijumpai. Prospek anda lebih suka jika mereka mempunyai lebih dari satu cara untuk mencari kedai anda ketika mengunakan enjin carian. 

  • Tips: Kandungan yang kaya dengan kata kunci boleh memainkan peranan penting dalam pengoptimuman enjin carian (SEO).

Banyak perniagaan menggunakan pelbagai domain untuk melindungi jenama mereka. Anda mungkin tidak akan teruja jika perniagaan lain mempunyai nama domain yang seakan dengan nama domain anda. Oleh itu, cara mudah untuk melindungi domain anda dalam talian adalah dengan mendaftarkan beberapa domain. Idea ini mudah sahaja : Jika anda memiliki domain sendiri, pesaing anda tidak.  

2. Bagaimanakah cara untuk menambah domain khusus untuk kedai saya. 

2.1 Jika anda masih tidak mempunyai sebarang domain, anda boleh daftar dan beli domain khusus yang baru melalui Easystore. 

2.2 Jika anda sudah mempunyai domain (dibeli dari pihak ketiga), anda boleh point domain sedia ada ke kedai anda. 

3. Bagaimanakah cara untuk menetapkan domain utama.

3.1 Pergi ke Admin Easystore > Tetapan > Domain > Domain Aktif > Klik ikon pencil bersebelahan domain khusus yang baru.

3.2  Tetapkan sebagai domain utama > Simpan. 

3.3 Domain dengan bintang di sebelahnya adalah domain utama.

4. Bagaimanakah mengubah domain .easy.co saya. 

Setiap kedai (percubaan atau langganan percuma) akan diberikan domain host Easystore dalam format https://storename.easy.co. Domain ini tidak digalakkan ditukar kerana menukar nama yang baru boleh menjejaskan aplikasi yang telah dipasang di kedai anda. 

  • Domain ini wujud berikutan nama kedai pertama yang diputuskan semasa penciptaan kedai. Sebagai contoh jika anda memutuskan nama kedai anda adalah ABC 123 semasa penciptaan kedai, kedai ini akan diberikan domain https://abc123.easy.co.

Harap ini membantu :)

Did this answer your question?