Dalam artikel ini :

  1. Pengenalan
  2. Tambah trustmark di kedai online
  3. Laraskan saiz dan kedudukan trustmark


1. Pengenalan

Artikel ini membantu anda untuk menambah trustmark di footer kedai online, kekalkan trustmark di bahagian bawah ikon media sosial.

Apakah itu trustmark?
Trustmark adalah lencana perdagangan elektronik, imej atau logo yang dipaparkan di laman web untuk menunjukkan bahawa perniagaan laman web telah ditunjukkan sebagai boleh dipercayai oleh organisasi penerbit.

Manfaat dengan mempunyai trustmark
Trustmark memberi keyakinan kepada pelanggan dan menunjukkan kepada mereka bahawa adalah selamat untuk melakukan perniagaan dengan laman web yang memaparkannya.

2. Tambah trustmark di kedai online

πŸ“Œ Nota : Kami menggunakan lencana Biztrust sebagai contoh dalam panduan ini

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber

Langkah 2 : Di bawah layout > theme.liquid, carikan social-links.

Langkah 3 : Masukkan kod di bawah selepas </div>.

<a href="https://biztrust.ssm.com.my" target="_blank"><img style="width: 100px;" src="https://www.ssm.com.my/Pages/Product/PDF/BizTrust-01.png"></a>

Langkah 4 : Klik Simpan dan siap.

πŸ’‘ Tips : Jika anda mempunyai halaman dan imej trustmark sendiri, anda boleh gunakan kod di bawah dan menggantikan bahagian pautan halaman dan pautan imej dengan pautan-pautan anda sendiri

<a href="pautan halaman" target="_blank"><img style="width: 100px;" src="pautan imej"></a>



3. Laraskan saiz dan kedudukan trustmark

Langkah 1 : Jika anda ingin menyesuaikan saiz logo, anda boleh mengubah bahagian width: 100px; dengan menukarkan nombor 100.

Langkah 2 : Anda boleh tambah bahagian margin-left= 100%; ke dalam kod dan laraskan kedudukan trustmark dengan menukarkan bahagian left / right dan 100%.

<a href="https://biztrust.ssm.com.my" target="_blank"><img style="width: 100px; margin-left= 100%; " src="https://www.ssm.com.my/Pages/Product/PDF/BizTrust-01.png"></a>


GIF tutorial

πŸ’‘ Tips : Untuk melihatnya lebih besar, klik kanan pada tutorial gif dan klik "buka imej dalam tab baru"

Did this answer your question?