Anda mungkin memerlukan laman web yang menggunakan kos yang rendah, senang dan mudah digunakan untuk menunjukkan katalog produk atau kandungan seperti profil syarikat, butiran perhubungan dan lain-lain lagi. Easystore nampaknya merupakan pilihan yang tepat untuk anda tetapi cuma satu perkara - anda tidak mahu menunjukkan harga dan shopping cart sistem. Berikut merupakan cara yang boleh anda lakukan untuk menyembunyikan sistem ini dan seterusnya menggunakan Easystore sebagai laman web katalog / kandungan anda. 

Dalam artikel ini: 

  1. Sembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama. 

  2. Sembunyikan harga dari halaman produk ( butang 'Tambah ke troli' akan disembunyikan secara automatik.

  3. Sembunyikan butang masuk utama dan butang membuka akaun.  

  4. Sembunyikan bar atas butang troli. 

  5. Sembunyikan bar atas butang troli (Untuk tema Wave, Lucky atau X-Force sahaja).

  6. Sembunyikan harga dalam hasil carian produk

⚠️ Harap maklum:

Semua pengeditan kod, anda perlu mengedit semula kod tersebut sekiranya anda beralih ke templat tema yang baru.

1. Sembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama. 

1.1 Untuk menyembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama, pergi ke Admin Easystore >  Kedai Online > Tema > Mengubahkan sumber > folder snippets/product-grid-item.liquid > dalam lingkungan baris 34, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan.

1.2 Selepas itu, dalam lingkungan baris ke 55, delete, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

1.3 Untuk menyembunyikan harga produk, dalam folder yang sama > cari grid-link_meta > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

1.4 Siap.


2. Sembunyikan harga dari halaman produk ( butang 'Tambah ke troli' akan disembunyikan secara automatik.

2.1 Pergi ke folder templates/product.liquid > cari product-single__prices > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti yang di bawah > Simpan. 

2.2 Siap.

Sebelum:

Selepas:


3. Sembunyikan butang masuk utama dan butang membuka akaun.

3.1 Pergi ke Admin > Tetapan > Checkout > Tetapan Checkout > Pilih Akaun telah dimatikan > Simpan. 

3.2 Siap dan ini hasilnya:


4. Sembunyikan bar atas butang troli. 

4.1 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan komputer, pergi ke Admin > Kedai Online > Tema > Mengubahkan Sumber > folder snippets/header-bar.liquid > dalam lingkungan baris ke 56, padam bahgaian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

📌 Nota :

Bahagian pertama akan memadamkan ikon cart dan bahagian kedua akan memadamkan perkataan Cart. Jika tema anda tidak mempunyai perkataan Cart, anda hanya akan mencari garisan dengan titik merah di bahagian depan untuk dipadam

4.2 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan mudah alih, dalam folder yang sama dalam lingkungan baris ke 82, padam bahgaian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan.

📌 Nota : Jika tema anda tidak mempunyai perkataan Cart, cari garisan dengan titik merah di bahagian depan untuk dipadam

4.3 Siap.


5. Sembunyikan bar atas butang troli (Untuk tema Wave, Lucky atau X-Force sahaja)

5.1 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan komputer, pergi ke Admin > Kedai Online > Tema > Mengubahkan sumber > folder snippets/header-bar.liquid > cari cart-page-link-wrapper dalam lingkungan baris ke 106, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan. 

5.2 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli dalam paparan mudah alih, pada folder yang sama> cari Mobile Cart dalam lingkungan baris ke 138, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan. 

Hasil:


6. Sembunyikan harga dalam hasil carian produk

6.1 Pergi ke folder snippets/search-result.liquid > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan.

6.2 Siap

Sebelum:

Selepas:


7. Sembunyikan harga untuk produk terpilih

Untuk menyembunyikan harga produk, pastikan anda membiarkan harga produk & perbandingan harga dengan lajur harga dengan nilai kosong

Apabila harga produk RM0, ia akan dipaparkan di laman web anda. Langkah di bawah adalah menyembunyikan harga RM0.00 di halaman koleksi dan halaman produk

Langkah 1: Pergi ke Saluran> Kedai Online > Mengubahkan Sumber> product-grid-item.liquid

Langkah 2: Cari <p class = "grid-link__meta"> di sekitar baris 88 dan tampal kod ini di atasnya {% if product.price > 0 %}

Langkah 3: Salin kod ini {% endif%} dan tampal di bawah </p>

Langkah 4: Simpan

Langkah 5: Pilih fail product.liquid dan cari <div class = "product-single__prices"> sekitar 70+> tampal kod ini di atasnya {% if product.price> 0%}

Langkah 6: Salin kod ini {% endif%} dan tampal di bawah </div>

Langkah 7: Simpan

Sebelum:

Paparan harga RM0 di halaman koleksi


Paparan harga RM0 di halaman produk

Selepas:

Tiada paparan harga di halaman koleksi

Tiada paparan harga di halaman produk

Did this answer your question?