Mengapa saya tidak boleh melihat butang kakitangan di dalam control panel saya ? Saya tidak dapat mencarinya dimana-mana. 

Admin panel yang mempunyai ciri kakitangan: 

Admin panel yang tidak mempunyai ciri kakitangan: 

Sebab? Perkara ini berlaku kerana anda bukan pemilik kedai itu.

Ciri "Kakitangan" hanya akan wujud di admin panel pemilik kedai, ciri ini tidak akan muncul kepada pengguna lain atau admin. 

Oleh itu, jika anda ingin mempunyai akses kepada ciri ini :

  • Pastikan anda merupakan pemilik kedai; atau 

  • Anda perlu log masuk ke akaun pemilik kedai (dengan kebenaran pemilik kedai)  

Apakah fungsi butang staff ?

Jika anda melantik ejen / kakitangan / ahli untuk menguruskan kedai anda, ciri ini membolehkan anda "Tambah Staf" untuk menentukan apa yang mereka boleh akses di kedai anda. Secara teknikal, ianya membezakan peranan smereka. 

Anda mendapat kebenaran untuk memberikan akses penuh kepada kakitangan anda atau menentukan bahagian-bahagian tertentu yang boleh diakses oleh mereka seperti produk / pesanan / pelanggan / diskaun dan sebagainya.

Jika anda ingin membuat perubahan selepas menambah kakitangan, cuma klik pada nama kakitangan untuk mengemaskini peranan dan menentukan bahagian mana yang boleh diakses oleh mereka. Anda boleh merujuk kepada artikel di sini untuk mengetahui cara cara menambah pengguna baru atau admin


📌 Akses kakitangan

  • Pesanan - Akses untuk menguruskan pesanan harian, pemenuhan pesanan / pembatalan dll dan pembayaran yang ditinggalkan.

  • Produk - Akses untuk menambah / mengedit / menghapus produk, Koleksi, Inventori dan Templat.

  • Pelanggan - Akses untuk menambah dan mengurus maklumat pelanggan.

  • Kandungan - Akses untuk menambah, mengedit dan menghapus Halaman, Blog, Artikel, Navigasi & Saluran

  • Laporan - Akses ke laporan kedai (laporan eksport).

  • Tema - Akses untuk menyesuaikan, memasang dan membuang templat tema

  • Aplikasi - Akses untuk memasang dan menyahpasang integrasi aplikasi

  • Pemasaran - Akses untuk membuat / menghapus / memantau status promosi

  • Tetapan - Tetapan kedai seperti pembayaran, penghantaran, mata wang, lokasi dll.

  • Bil - Akses ke bil langganan yang terdiri daripada kaedah pembayaran, rancangan langganan dan pembatalan kedai.

Sekiranya anda ingin memadam akaun kakitangan anda, sila klik "Batal"

Ianya selesai selepas anda klik "Padam

Did this answer your question?