Anda bercadang untuk membuka kedai lain memandangkan perniagaan anda di Easystore semakin berkembang. Oleh kerana kami sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, anda dibenarkan untuk menguruskan pelbagai kedai dengan menggunakan satu akaun emel sahaja. Antara kelebihan mewujudkan kedai baru menggunakan akaun email yang sama adalah anda boleh menukar kedai anda tanpa perlu log masuk dan log keluar.

Dalam artikel ini : 

  1. Membuka kedai baru
  2. Menukar kedai

1. Membuka kedai baru

1.1 Ianya sangat mudah, hanya pergi ke Admin Panel Easystore > klik pada nama kedai anda yang berada di bucu sebelah kanan atas > Menukar kedai.

1.2 Klik bina kedai baru > Masukkan nama kedai 

1.3 Setelah itu masukkan nama kedai anda. 

  • Pastikan nama kedai yang dipilih bersesuaian dengan perniagaan anda. Hal ini kerana, setelah kedai berjaya dibina nama kedai tidak boleh ditukar lagi. 

1.4 Setelah itu, jangan lupa isi bahagian maklumat tentang diri anda.

1.5 Anda telah berjaya membina kedai baru apabila menyelesaikan semua langkah di atas.

2. Menukar kedai

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menukar kedai anda kepada kedai lain setelah anda berjaya membina beberapa kedai.

2.1  Pergi ke Admin Panel Easystore > klik pada nama kedai anda yang berada di bucu sebelah kanan atas > Menukar kedai.

2.2 Anda boleh memilih kedai yang ingin diuruskan > klik uruskan kedai ini .

2.3 Seperti yang anda dapat lihat, nama kedai akan turut berubah setelah anda menukar kedai anda. 


Berikut adalah GIF untuk rujukan tambahan anda: 

Related articles :
Switch store ownership
Add new user or admin
Add custom domains for your store

Did this answer your question?