Dalam artikel ini:

  1. Sediakan maklumat produk

  2. Tambah produk yang tiada variasi

  3. Tambah produk yang mempunyai variasi contohnya warna, saiz



1. Sediakan maklumat produk

Anda perlu mengisi maklumat berikut untuk melengkapkan pengwujudan produk:

  • Imej produk

  • Tajuk produk

  • Penerangan produk

  • Variasi produk contoh saiz, warna ( jika berkenaan )

  • Harga jualan produk


2. Tambah produk yang tiada variasi

2.1 Pergi ke Admin EasyStore > Produk > Tambah produk

2.2 Namakan Tajuk dan masukkan Penerangan produk anda.

Deskripsi produk haruslah sejelas mungkin, anda boleh berkongsi idea "cara penggunaan", itu akan membantu SEO


2.3 Bahagian Imej - muat naik imej produk.

Definisi tinggi dan imej persegi disyorkan adalah 800 x 800px

2.4 Bahagian Variasi - langkau bahagian ini kerana produk ini tidak mempunyai sebarang varian.

2.4 Bahagian Harga:

  • Harga - harga jualan

  • Perbandingan harga - dipaparkan sebagai 'harga potong' diskaun di kedai online ( pilihan )

  • Harga kos - kos produk ( pilihan )

  • Produk kena cukai - semak kotak ini sekiranya cukai dikenakan ke atas produk ini

2.5 Bahagian Inventori:

  • SKU dan Barcode adalah pilihan

  • Pengaturan inventori - jika 'EasyStore menjejak inventori produk ini' dipilihkan, Kuantiti akan dikurangkan automatik apabila menerima pesanan dan produk akan ditandakan 'HABIS' apabila kehabisan stok

2.6 Bahagian Penghantaran

  • Berat dan Dimensi akan digunakan untuk mengira kadar penghantaran di checkout

  • Check kotak Penghantaran percuma dengan produk ini jika produk ini dihantar secara percuma ke semua lokasi ( kos pengendalian tidak akan dikecualikan untuk produk penghantaran percuma )

2.7 Bahagian Pengoptimuman enjin carian - edit keterangan meta untuk produk anda. Ia harus mengandungi kata kunci yang bakal dicari oleh pelanggan

2.8 Simpan dan siap.


3. Tambah produk yang mempunyai variasi contohnya warna, saiz

3.1 Begitu juga, mula dengan namakan Tajuk dan masukkan Penerangan produk anda.

3.2 Bahagian Imej - muat naik imej produk termasuk imej untuk setiap varian

3.3 Bahagian Variasi - Klik Tambah varian > masukkan Jenis pilihan dan Penerangan:

  • Gunakan Enter untuk memisahkan penerangan

  • Maksimum 3 jenis pilihan

3.4 Isikan butiran variants anda.

Jika varian anda mempunyai kuantiti stok yang terhad, pilih EasyStore menjejaki inventori produk ini di langkah 3.5 yang seterusnya dan anda akan melihat ruangan Inventori muncul

3.5 Bahagian Tetapan varians:

Jika EasyStore menjejak inventori produk ini dipilihkan, anda boleh kembali ke atas untuk mengisi kuantiti di bawah ruangan Inventori

3.6 Bahagian Pengoptimuman enjin carian - rujuk langkah 2.7 di atas.

3.7 Simpan dan Edit lagi untuk tetapkan imej untuk varian anda.

3.8 Tatal ke bawah ke bahagian Variasi dan pilih imej untuk varian anda.

3.9 Simpan dan siap. Sekarang anda boleh muat naik produk yang seterusnya atau gunakan alat import untuk mengimport lebih banyak produk.

Did this answer your question?