Untuk mendapat data E-dagang dalam laporan Analitis anda, anda perlu:

  • Enable E-dagang untuk setiap paparan di mana anda mahu melihat data tersebut.
  • Tambah kod penjejakan ke tapak anda atau aplikasi yang mampu mengumpul data e-dagang dan hantar ke Analytics. Untuk menyelesaikan tugas ini, anda perlu edit HTML dan kod dalam JavaScript, atau dapatkan bantuan dari web developer yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, platform kami mempunyai aplikasi Google Analytics yang sedia untuk membantu anda mendapat kod penjejakan ke bahagian kod masing-masing di website anda tanpa pengetahuan teknikal. Mari kita mulakan:

Bahagian I: Pasang aplikasi Google Analytics

  1. Pasang aplikasi "Google Analytics" dari App Store EasyStore

2. Daftar (anda boleh log masuk jika anda mempunyai akaun gmail) di Google Analytics.

3. Selepas itu, pergi ke panel admin di sebelah kiri bawah:

4. Tambah 'property' baru dengan mengisikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang "Get Tracking ID".

5. Salin dan tampal "Tracking ID"tersebut ke dalam lajur Aplikasi Google Analytics.

5.1 Ecommerce version

Pilih "Enhanced Ecommerce" untuk Google Analytic untuk melihat laporan Enhanced Ecommerce di bahagian 'Conversions'.

Nota: Sila pastikan anda telah aktifkan "Enable Ecommerce" dan "Enable Reporting Ecommerce Enhanced" seperti screenshot yang dipaparkan di bawah:

5.2  Purchase event 

Terdapat 3 kaedah penjejakan untuk acara pembelian, anda boleh memilih kaedah sendiri: 

a. Google Analytics akan menjejaki tidak kira same status pesanan sedang menunggu, berjaya, atau gagal
b. Google Analytics hanya boleh menjejaki pesanan yang belum selesai dan berjaya
c. Google Analytics akan menjejaki pesanan yang berjaya membuat pembayaran sahaja

6. Simpan

Bahagian II: Pasang Tag Assistant

1. Pasang 'Tag Assistant' dalam browser Google Chrome anda

2. Pergi ke website anda> Buka Tag Assistant

3. Muat semula halaman anda> anda dapat melihat Google Analytics anda sedang berjalan atau tidak 

Did this answer your question?