Dalam artikel ini:

Pengenalan:

  1. Bahagian 1 - Edit fail config / settings_schema.json
  2. Bahagian 2 - Edit fail config / settings_data.json
  3. Bahagian 3 -  Edit fail snippets/slider.liquid

1. Pengenalan

Ini adalah panduan untuk mempunyai lebih banyak slider pada website anda. Tiada pengetahuan koding diperlukan. Cuma ikut langkah-langkah di bawah untuk menambah lebih banyak slider.

Faedah:

  • Boleh menyerlahkan lebih banyak produk
  • Mampu memberikan lebih banyak maklumat
  • Meningkatkan jualan

2. Bahagian 1 - Edit fail config / settings_schema.json

2.1 Pergi ke Admin EasyStore> Kedai Online > Tema > Mengubahkan sumber > config> config / settings_schema.json (fail terakhir di sidebar kiri)

2.2 Cari <"label": "Social media"> (sekitar baris 740 - 745) dan cari pendakap persegi ' ] '. 

2.3 Tambah < , "number" : 10> di belakang pendakap persegi. Ini akan meningkatkan jumlah slider anda hingga 10.


2.4 Klik butang 'Simpan' di sebelah kanan atas.

3. Bahagian 2 - Edit fail config/settings_data.json

3.1 Pergi ke config/settings_data.json.


3.2 Cari <"slide_4_alt": "",>.

3.3 Tampalkan kod di bawah selepas "slide_4_alt": "",

"slide_(number)": "",
"slide_(number)_jpg": "",
"slide_(number)_link": "",
"slide_(number)_alt": "",

Nota: Tukar (nombor) kepada 5,6,7,8,9,10 seperti yang ditunjukkan di bawah.

3.4 Klik butang 'Simpan' sekali lagi.

4. Bahagian 3 - Edit fail snippets/slider.liquid

4.1 Pergi ke snippets/slider.liquid di bawah kategori snippets.

4.2 Tukar nombor dari <4> ke <10> seperti yang ditunjukkan di bawah: 

4.3 Simpan

4.4 Kini anda akan dapat memuat naik sehingga 10 slider.

Did this answer your question?