Dalam artikel ini :

  1. Pengenalan

  2. Sediakan kategori anda

  3. Tambah kategori produk pada menu utama

  4. Tukar nama atau sembunyikan navigasi "Catalog" lalai



1. Pengenalan

Menunjukkan lebih banyak koleksi pada menu utama boleh memberi pengunjung-pengunjung kedai online anda satu gambaran keseluruhan yang ringkas mengenai kepelbagaian produk anda. Ini bukan sahaja menjimatkan masa carian mereka, pada masa yang sama secara tidak langsung mengiklankan koleksi yang mereka tidak cari dan mendorong lebih banyak jualan.



2. Sediakan kategori anda

Langkah 1 : Pastikan anda telah mewujudkan kategori dalam Admin > Produk > Koleksi dan tambah produk ke dalam kategori masing-masing. Sekiranya belum, ketahui lebih lanjut mengenai menguruskan koleksi produk.

Langkah 2 : Apabila kategori mengandungi sub-kategori, senarai juntai bawah akan dibentuk secara automatik.


3. Tambah kategori produk pada menu utama

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Navigasi > Menambah Navigasi > isikan butiran-butiran berikut > Simpan.

  • Pilih Menu Utama sebagai menu paparan

  • Pilih Koleksi sebagai jenis navigasi

  • Pilih koleksi yang anda ingin mengarahkan pengujung anda

  • isikan Nama Navigator anda, nama yang pengunjung anda akan lihat pada menu utama untuk klik, biasanya nama koleksi dalam kes ini

  • pilih Navigator tanggal diterbitkan anda ( nyahtanda jika anda ingin menyembunyikan navigator ini )

Langkah 2 : Ulang Langkah 3.2 untuk koleksi-koleksi lain jika berkenaan.



4. Tukar nama atau sembunyikan navigator "Catalog" lalai

Navigasi "Catalog" diwujudkan secara lalai oleh sistem dan akan sentiasa memaparkan semua koleksi produk anda, termasuk sub-koleksi di senarai juntai bawah. Ia tidak dapat dialih keluar tetapi anda boleh tukar namanya atau menyembunyikannya dengan mengklik Edit > nyahtanda Navigator tanggal diterbitkan > Simpan.

Did this answer your question?