Dalam artikel ini:

  1. Pengenalan

  2. Wujudkan satu pautan untuk mengarahkan pelanggan-pelanggan anda ke lebih banyak produk

  3. Tips

  4. Nota penting

1. Pengenalan

Kadang kala, pelanggan-pelanggan datang ke kedai online anda hanya untuk melayari dan lihat apa yang ada di sini, mereka belum mencari produk tertentu. Ini adalah masa mereka harus didedahkan kepada seberapa banyak produk yang mungkin. Semakin banyak produk yang mereka lihat, peluang yang lebih tinggi dapat dijumpai apa yang mereka inginkan dan membuat pesanan. Artikel ini menunjukkan anda bagaimana untuk mewujudkan satu pautan di laman utama anda untuk membawa pelanggan-pelanggan kedai online anda ke koleksi lengkap produk anda.


2. Wujudkan satu pautan untuk mengarahkan pelanggan-pelanggan anda ke lebih banyak produk

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber.

Langkah 2 : Cari snippets > klik snippets/featured-product.liquid

Langkah 3 : Tatal ke bawah sekali > tampal kod di bawah selepas baris terakhir.

{% if collection.products >= 20%}
<hr class="hr--clear">
<div class="text-center">
    <a class="" href="/collections/all" title="Lihat Lebih Banyak Produk">Lihat Lebih Banyak Produk →</a>
</div>
{% endif %}

Langkah 4 : Simpan sebaik sahaja anda selesai.

3. Tips

Langkah 3 : Anda boleh tukar nama pautan kepada nama yang anda lebih suka, contohnya: Lihat Semua Produk.

Langkah 2 : Anda boleh tukar penempatan pautan dengan menukar center ke right/left.

Langkah 3 : Anda boleh jadikan pautan sebagai butang dengan menambah btn atau btn btn--secondary.



4. Nota penting

Langkah 1 : Pautan Lihat Lebih Banyak Produk akan dipapar hanya jika terdapat 20 atau lebih produk featured.

Langkah 2 : Untuk mengkategorikan produk sebagai produk featured, pergi ke Produk > klik nama produk > Koleksi-koleksi > Feature on homepage.

Did this answer your question?