Anda akan mengetahui cara muat naik produk secara besar-besaran menggunakan fail Excel atau CSV. Fungsi ini amat berguna jika anda mempunyai pelbagai produk. Ia dapat menjimatkan masa dan sangat tepat. Marilah kita lihat caranya.

Langkah 1 : Anda perlu muat turn templat fail muat naik.

πŸ“Œ Nota: Templat muat naik buat masa ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris. Maka anda perlu tukar bahasa sistem anda ke Bahasa Inggeris dahulu sebelum anda boleh muat turun ( Admin EasyStore > name kedai online di sudut kanan atas > Profil > tukar Bahasa Panel Kawalan ke English > Simpan )

Selepas itu, pergi ke Produk > Lanjut > Import produk

Langkah 2 : Klik CSV template untuk muat turun templat fail muat naik. Selepas itu anda boleh tukar balik bahasa sistem anda.

Langkah 3 : Buka fail Excel atau CSV, masukkan butiran-butiran produk anda ke dalam fail. Dilampirkan di bawah panduan mengenai penerangan dan had untuk setiap bidang ( anda boleh klik kanan pada gambar dan buka imej dalam tab baru untuk melihat dengan lebih jelas ).

πŸ“Œ Nota penting:

  • Jangan tambahkan atau padamkan lajur

  • Satu fail boleh muat naik sebanyak 3 imej produk sahaja

  • Jika produk mempunyai variasi, semua variasi mesti mempunyai Handle yang sama

Langkah 4 : Setelah selesai, simpan fail dalam format .xlsx atau .csv.

Langkah 5 : Kembali ke Admin > Produk > Lanjut > Import produk > klik Choose File untuk memilih fail yang anda simpan tadi.

Langkah 6 : Bidang sistem sepatutnya sudah dipasang dengan lajur fail anda secara automatik. Sekarang klik Import.

Langkah 7 : Produk-produk anda telah ditambah dengan berjaya.

Langkah 8 : Siap!

Did this answer your question?