Dalam artikel ini:

  1. Pengenenalan
  2. Langkah-langkah untuk mengarahkan domain anda ke EasyStore

Nota:
Untuk ilustrasi yang lebih baik, sila klik kanan untuk membuka imej dalam tab baru


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Sudah membeli domain dari Namecheap dan ingin menambahkannya ke EasyStore?
Anda perlu mengarahkan domain kepada kami.

Jadi seterusnya, bagaimana caranya?
Anda perlu log masuk dashboard Namecheap untuk mengedit rekod DNS.

Di sini kami menyediakan garis panduan langkah demi langkah untuk anda mengarahkan domain kepada kami!



2. Langkah-langkah untuk mengarahkan domain anda ke EasyStore

1. Sila log masuk akaun Namecheap anda. Klik Domain List > click Manage.

2. Anda akan redirect ke halaman di bawah, klik Advanced DNS.

3.  
Type: CNAME Record
Host: www
Value: Nama domain anda > klik ✔️
(Dalam kes ini, domain saya adalah easystorethebest.club)

4.
Type: tukar kepada A Record
Host: @
Value: 52.74.233.82 > klik ✔️
(Sila pastikan bahawa hanya terdapat satu rekod A. Jika terdapat lebih daripada satu rekod A, domain tidak akan diarahkan ke EasyStore)

5. Rekod DNS yang siap dan benar.
(Anda boleh abaikan seksyen TTL, gunakan TTL lalai yang diberikan sahaja)

  • Nota penting: Perubahan DNS boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengambil kesan.


6. Selepas anda mengarahkan domain anda ke EasyStore, anda perlu mengakses akaun EasyStore anda, dan pergi ke Tetapan > Domain.


7. Di bawah Domain aktif > Tambah domain yang ada.


8. Masukkan nama domain anda > Sahkan.


9. Sebaik sahaja selesai, tetapan domain anda akan kelihatan seperti di bawah. Sila membenarkan masa sehingga 24 jam untuk domain anda disahkan dan masuk ke dalam talian.


10. Setelah domain disahkan dan dalam talian, status domain anda akan menjadi Tanpa jaminan. Klik pada Tanpa Jaminan > Aktifkan SSL percuma untuk menjadikan website anda terjamin. Lebih banyak mengenai sijil SSL


11. Siap.


Setelah SSL diaktifkan, domain anda sekarang adalah dijamin!

Did this answer your question?