Dalam artikel ini:

  1. Pengenalan
  2. Mengarahkan domain anda dari GoDaddy ke EasyStore


1. Pengenalan

Sudah membeli domain dari GoDaddy tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengarahkannya ke kedai online anda? Berikut adalah beberapa langkah-langkah mudah untuk mengarahkan domain anda ke EasyStore!



2. Mengarahkan domain anda dari GoDaddy ke EasyStore

1. Sila log masuk akaun GoDaddy anda. Jika anda sudah log masuk akaun GoDaddy anda, anda boleh klik pada profil anda dan klik pada Visit My Account.


2. Anda akan melihat status domain anda selepas log masuk. Klik pada ikon DNS untuk pergi ke tetapan DNS anda.


3. Tetapan DNS anda akan kelihatan seperti ini, klik pada ikon pensel untuk menukar rekod A dan CNAME anda.


4. Tukar rekod A anda ke alamat IP kami 52.74.233.82. Sila pastikan bahawa hanya terdapat 1 rekod A untuk nama domain anda.


5. Mengarahkan CNAME anda kepada nama domain anda seperti dalam tangkapan skrin di bawah.
Nota: '@' pada nilai CNAME adalah singkatan nama domain anda. Anda boleh memasukkan '@' atau nama domain anda ( katakan iloveeasystore.online ).


6. Setelah anda mengubah rekod A dan CNAME, tetapannya akan kelihatan seperti ini.

  • Nota penting: Perubahan DNS boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengambil kesan.


7. Selepas anda mengarahkan domain anda ke EasyStore, anda perlu mengakses akaun EasyStore anda, dan pergi ke Tetapan > Domain.


8. Di bawah Domain aktif > Tambah domain yang ada.


9. Masukkan nama domain anda > Sahkan.

10. Sebaik sahaja selesai, tetapan domain anda akan kelihatan seperti di bawah. Sila membenarkan masa sehingga 24 jam untuk domain anda disahkan dan masuk ke dalam talian.


11. Setelah domain disahkan dan dalam talian, status domain anda akan menjadi Tanpa jaminan. Klik pada Tanpa Jaminan > Aktifkan SSL percuma untuk menjadikan website anda terjamin. Lebih banyak mengenai sijil SSL


12. Siap.


13. Selepas anda melengkapkan semua langkah-langkah di atas, domain anda sudah sedia untuk digunakan sekarang!

Did this answer your question?