Dalam artikel ini:

  1. Pengenalan
  2. Cara untuk mengarahkan domain dari Exabytes ke EasyStore


1. Pengenalan

Pengarahan domain ke EasyStore bermakna anda sudah membeli domain dari pembekal domain lain dan anda perlu menetapkannya sebagai URL kedai online anda.

Apabila anda sudah mempunyai domain dengan Exabytes, anda boleh mengarahkan domain itu ke kedai online anda dengan mengarahkan rekod A domain anda ke alamat IP kami (52.74.233.82) & tetapkan rekod CNAME.


2. Cara untuk mengarahkan domain dari Exabytes ke EasyStore

1. Pertama sekali, log masuk akaun Exabytes anda.


2. Selepas log masuk akaun Exabytes anda, anda boleh melihat pilihan untuk Domain, pilih Domain > Manage DNS.

 
3. Edit zon DNS anda.


4. Edit rekod A dan CNAME domain anda seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah. Sila ambil perhatian pada kehadiran dan ketiadaan www dalam kedua-dua nama rekod dan Rdata.
(Sila pastikan bahawa hanya terdapat 1 rekod A untuk nama domain anda.)


5. Simpan perubahan selepas anda selesai menukar rekod A dan CNAME anda

  • Nota penting: Perubahan DNS boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengambil kesan.


6. Selepas anda mengarahkan domain anda ke EasyStore, anda perlu mengakses akaun EasyStore anda, dan pergi ke Tetapan > Domain.


7. Di bawah Domain aktif > Tambah domain yang ada.


8. Masukkan nama domain anda > Sahkan.


9. Sebaik sahaja selesai, tetapan domain anda akan kelihatan seperti di bawah. Sila membenarkan masa sehingga 24 jam untuk domain anda disahkan dan masuk ke dalam talian.


10. Setelah domain disahkan dan dalam talian, status domain anda akan menjadi Tanpa jaminan. Klik pada Tanpa Jaminan > Aktifkan SSL percuma untuk menjadikan website anda terjamin. Lebih banyak mengenai sijil SSL


11. Siap.


12. Selepas anda melengkapkan semua langkah-langkah di atas, domain anda sudah sedia untuk digunakan sekarang!


Did this answer your question?