Kalau anda membeli domain melalui Exabytes, GoDaddy atau Namecheap, anda boleh merujuk artikel-artikel di bawah untuk panduan yang lebih khusus:



Dalam artikel ini:

  1. Makna pengarahan domain
  2. Cara untuk mengarahkan domain
  3. Mengesahkan domain anda dan menjadikannya terjamin



1. Makna pengarahan domain

Pengarahan domain bermakna anda mengarahkan domain yang anda beli melalui pembekal domain pihak ke-3 ke kedai online anda supaya domain itu akan menunjukkan kedai online anda apabila pengunjung-pengunjung mengunjungi domain ini.



2. Cara untuk mengarahkan domain

2.1 Log masuk panel domain anda > masuk ke dalam halaman di mana anda boleh menguruskan tetapan DNS.

  • Jika anda tidak tahu di mana untuk log masuk, sila hubungi pembekal domain anda atau anda boleh meminta mereka untuk menukar rekod A dan menetapkan CNAME untuk anda.


2.2 Ikuti tetapan di bawah untuk mengarahkan rekod A domain anda ke alamat IP EasyStore 52.74.233.82 dan tetapkan CNAME. TTL bermaksud berapa lama server cache maklumat ( biasanya dibiarkan lalai ).

  • Perubahan DNS boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengambil kesan.


2.3 Pergi ke Admin EasyStore > Tetapan > Domain > di bawah Domain aktif > Tambah domain yang ada.


2.4 Masukkan nama domain anda > Sahkan.



3. Mengesahkan domain anda dan menjadikannya terjamin

3.1 Sebaik sahaja selesai, tetapan domain anda akan kelihatan seperti di bawah. Sila membenarkan masa sehingga 24 jam untuk domain anda disahkan dan masuk ke dalam talian.


3.2 Setelah domain disahkan dan dalam talian, status domain anda akan menjadi Tanpa jaminan. Klik pada Tanpa Jaminan > Aktifkan SSL percuma untuk menjadikan website anda terjamin. Lebih banyak mengenai sijil SSL


3.3 Siap.

Did this answer your question?