1. Bolehkah saya menggunakan domain tersuai sendiri?

Jawapan: Ya, anda boleh menggunakan domain sendiri. Kalau anda mempunyai domain tersuai, anda boleh menambah domain ke EasyStore anda dan tujukan domain tersebut ke EasyStore. Anda boleh merujuk kepada pautan ini untuk bantuan lanjut.
__________________________________________________________________

2. Bagaimana ingin membeli .com.my atau .my domain name?

Jawapan: EasyStore tidak mempunyai mana domain Mynic (misalnya nama domain .my). Anda boleh membeli domain sebegitu dengan penyedia perkhidmatan domain pihak ketiga dan tujukan domain tersuai tersebut ke EasyStore. 

__________________________________________________________________

3. Kenapa domain status masih berada dalam status diproses / tidak diketahui?

Jawapan: Ini kerana domain Rekod A dengan CNAME dituju dengan cara yang salah atau domain digantung atas sebab domain sudah mencapai tamat tempoh. 

Untuk tujukan Rekod A atau CNAME, anda boleh merujuk pautan ini. 

Untuk pembaharuan domain, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan domain anda untuk membantu dalam pembaharuan domain.
 __________________________________________________________________

4. Kenapa saya sudah tujukan Rekod A dengan CNAME ke EasyStore tetapi domain status masih diproses?

Jawapan: Rekod Sistem Nama Domain (DNS) tidak akan berkuatkuasa serta merta, rekod DNS akan mengambil sehingga 24 jam untuk perubahan tersebut.
__________________________________________________________________

5. Kenapa domain/website saya memaparkan "Your connect is not private/secure"?

Jawapan: Ini kerana anda tidak mengaktifkan sijil SSL untuk lama sesawang anda. Rujuk pada pautan ini untuk bantuan selanjutnya.
__________________________________________________________________

6. Bagaimana untuk mengaktifkan sijil SSL?

Jawapan: Anda boleh mengaktifkan sijil SSL pada Tetapan > Domain > Urus > Activate SSL. Rujuk pada pautan ini untuk bantuan selanjutnya
 __________________________________________________________________

7. Bolehkah saya memindahkan domain ke EasyStore?

Jawapan: Ya, anda boleh memindahkan domain anda ke EasyStore (kecuali .com.my & .my). Rujuk pada link ini untuk bantuan selanjutnya dalam proses pemindahan domain ke EasyStore.

Did this answer your question?